Assalamualaikum semua ^^
Pejam celik pejam celik dah nk sampai bulan ramadhan dah kita
Kaya nak ambil peluang ni nak cakap selamat menyambut ramadhan
Jadikan ramadhan tahun ini lebih baek dari sebelumnya
cuba kejar Malam Lailatul Qadar :] (Malam Lailatul Qadar ialah malam yang lebih baik dari 1000 bulan.)
jadikan ramadhan kali ni macam ramadhan terakhir, penuhi dengan ibadah
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
sebagaimana yang semua tahu,
amal ibadat pada bulan ramadhan akan di lipat kali gandakan pahalanya.
kali ini kaya nak beritahu cara2 kita nak menyiapkan diri menyambut Ramadhan
sebab Kaya tau kalau sebut pasal cara2 menyambut lembaran pasti semua pon sudah tahu kan? ^^
Kita ini tetamu Allah pada bulan Ramadhan ini.
sebagai contoh:
seorang lelaki disuruh mengadap agong.
sudah pastinya menyiapkan dirinya
pakaian yang bersih(kemas)
wangian yang bak kasturi
dan begitu berdebar menanti berjumpa Agong.
Begitulah kita, kita dijemput sebagai tetamu Allah
siapkanlah diri kita dengan sebaik2 nya.
Rasulullah SAW sendiri sangat bersemangat menyambut Ramadhan.
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-Memandangkan ramadhan cuma beberapa hari tiba,
jadi lebih baik kamu semua perbanyakkan ibadat
pupukkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Bila Ramadhan sudah tiba,
pastikan berpuasa dengan ikhlas.
Selalu2 lah buat solat Terawih.
sekurang2 nya 4 rakaat.
Kita perlu bersyukur kerna Allah beri kita peluang menyambut Ramadhan tahun ini.
Berbanding saudara2 kita sahabat2 atau mungkin juga ibu bapa yang tidak sempat menyambut Ramadhan.
Cakap soal ini, pada bulan Ramadhan ini semua arwah akan datang ke keluarnya dan membawa dulang dan mengutip semua pahala Al-Fatihah.
jadi perbanyakkan lah Al-Fatihah kepada mereka.
Buat yang masih mempunyai ibu bapa,
luangkanlah masa dengan mereka.
bukak puasa sama2 etc.
ambillah peluang selagi ada.
Ikhlas,
Kaya.
No comments:
Post a Comment